Friday, February 25, 2011

Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi ( Pengasas Madrasah Al-Mashoor )

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami, Yemen. Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana, Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan elajar di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir, Muhammad Abduh.

Kembali Dari Pengajian


Kembali ke Malaya, beliau terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura. Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi.

Pindah Ke Pulau Pinang


Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Kemudian pada tahuin 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, dimana salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.
Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.
Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934.

6 comments:

  1. ana tak faham..
    cikgu2 SMKA al-mashoor (L) kata syed syeikh ahmad al-hadi asas sekolah SMKA sekarang nie bukan maa'had..cube citer dengan panjang lebar..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam, buat saudara muaz dan sahabat2 yg lain.. di sini saya lampirkan sejarah AL-MASHOOR yang kita maksudkan.. semoga semua tahu akan asal usul sejarahnya..

    P/s: SMKA Al-Mashoor adalah picisan dari Maahad Al-Mashoor dahulu (asal).. cikgu2 SMKA Al-Mashoor baik L mahupun P maybe x ramai yg tahu sejarah sebenar sekolah AL-MASHOOR ni.. so sebab itulah diorang sampaikan cerita (sejarah) yg tidak benar kepada para pelajar.. maaf ya.. saya juga pernah belajar di kedua-dua buah sekolah ini (Maahad Al-Mashoor Al-Islami dan SMKA Al-Mashoor L, form 6).. cuba tengok kat lambang Maahad Al-Mashoor Al-Islami dan SMKA Al-Mashoor, di mana persamaan dan perbezaannya? tahun? rekabentuk? samakan? so mari kita sama2 murni dan gemilangkan kembali sejarah sekolah kita AL-MASHOOR~

    Rujuk sejarah Maahad Al-Mashoor Al-Islami / SMKA Al-Mashoor di pautan ini:

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Agama_Maahad_Al_Mashoor_Al_Islami

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_%28L%29_Al-Mashoor#Sejarah

    "Memandangkan kurikulum SMKA Al-Mashoor telah berubah, para pemegang amanah berasa bertanggungjawab untuk mewujudkan semula sekolah agama yang menjadikan mata-mata pelajaran hadith, tafsir dan lain-lain lagi sebagai mata pelajaran asas.."

    ReplyDelete
  5. salam semua.Sejarah al-mashoor bermula dengan penubuhan madrasah Al-Quran pada 1916 di Masjid Melayu Lebuh Acheh.Al-Mashoor kemudian terus berkembang di Lebuh Tek Soon.Kemudian tapak ini telah diambil oleh kerajaan untuk dijadikan KOMTAR.Kemudian Madrasah al-Mashoor telah diambil oleh oleh kerajaan utk dijadikan SMKA pada 1979 dan berpindah di air itam sekrg.Oleh kerana dasar pelajaran SMKA yg berlainan dengan Madrasah al-Mashoor sebelum ini,pemegang amanah berasa perlu utk mewujudkan sekolah al-mashoor yg mempunyai matapelajaran spt kurikulum terdahulu,Oleh itu diwujudkan maahad al-mashoor al-islamidan ditadbir oleh majlis agama islam pp.Mudir Madrasah al-Mashoor sebelum pengambilalihan kerajaan ,syeikh ahmad Badjunid terus menjadi Pengetua SMKA Al-mashoor (L).Mnakala Madrasah al-mashoor perempuan juga diambil alih oleh kerajaan dan menjadi SMKA (P)Al-Mashoor .Jadi,berpandukan Fakta sejarah,tidak timbul skolah yg disebutkan sebagai picisan kpd Madrasah al-mashoor yg asal.

    maka sejarah terungkap jua~

    p/s:btw,Semoga al-Mashoor (L,P,maahad) terus gemilang di pulau pinang.Kita punya misi yg lebih besar :)

    ReplyDelete