Thursday, December 8, 2011

Kemasukan Pelajar Baru

Semoga pelajar-pelajar yang terpilih adalah daripada kalangan pelajar yang bakal mengharumkan nama sekolah dan mereka yang berpegang teguh dengan agama. Bukanlah mereka yang memulakan era kemunduran dan kejatuhan maahad ini...... Ya Allah peliharalah Maahad ini daripada segala kemaksiatan dan Engkau peliharalah junior2 kami pada tahun 2011, Engkau kurniakanlah maahad Senior2 yang bakal mengubah segala kekurangan yang terkandung dalam sekolah ini..... Jadikanlah sekolah ini antara tempat yang bakal melahirkan para Ulama' di masa hadapan........ Amin......

Friday, November 4, 2011

SPM 2011 (First Generation di Balik Pulau)

Form 5 bersama Guru Kelas (Teacher Eleayany)
Form5 bersama Teacher Sakinah

Banyaknya kerja



Usaha Tanda Kejayaan (Muhaimin)

Friday, June 17, 2011

Perasmian Maahad Al-Mashoor Al-Islami

Perasmian Ma'ahad Al-Mashoor Al-Islami akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Tempat : Ma'ahad Al-Mashoor Al-Islami
Alamat : Mukin G, Jalan Sungai Nipah,
             11000 Balik Pulau,
             Pulau Pinang
Tarikh : 24 Jun 2011

Friday, April 15, 2011

Pencapaian ( ada bnyk lagi )

WAKIL SEPAK TAKRAW PULAU PINANG NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN KESSUMA SEKOLAH AGAMA MALAYSIA.

IHTIFAL (NEGERI)
  • PIDATO BAHASA MELAYU - JOHAN
  • PIDATO BAHASA ARAB - JOHAN
  • KHAT - KE-2
  • NASYID - KE-3

ASAT (NEGERI)
  • NYANYIAN SOLO - JOHAN (NEXT - KEBANGSAAN)
  • CHESS - KE-3

IHTIFAL
  •  TAKRAW - JOHAN 

FORUM REMAJA - DAERAH : JOHAN

MTQ SARINGAN
  • HAFAZAN -JOHAN 
  • PIDATO - JOHAN 
  • TILAWAH –NAIB JOHAN
MTQ NEGERI 
  • HAFAZAN - NAIB JOHAN
  • PIDATO - KE-3
REKACIPTA SATELIT PERINGKAT NEGERI : JOHAN

PING PONG PERINGKAT NEGERI(MAKSAR) : JOHAN

ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (A.S.A.T) –DAERAH
  • NASYID : NAIB JOHAN 
  • BOLA TAMPAR : KE-3   
  • NYANYIAN SOLO : JOHAN  
  • CHESS : JOHAN  
  • PIDATO INGGERIS : NAIB JOHAN

PIDATO BAHASA MELAYU (NAHDHAH) : NAIB JOHAN

MSSPP PING PONG (DAERAH)

·         PERSEORANGAN BWH 15 – KE-3
·         PERSEORANGAN BWH 18 – JOHAN, NAIB JOHAN, KE-3
·         REGU BWH 15 & 18 – JOHAN & NAIB JOHAN
     
     Yang lain ada lagi tapi tak ingat, sorry kt pertandingan yang tidak disebut.....

Tuesday, March 15, 2011

Amanah Satu Bebanan

"Daripada Abu Dzar berkata : Wahai Rasulullah S.A.W! Tidakkah engkau mahu menggunakan (khidmat)ku? Baginda bersabda : Sesungguhnya engkau seorang yang lemah dan jawatan itu pula suatu amanah. Pada hari Akhirat kelak ia menjadi kecelaan dan penyesalan, kecuali yang berhak mengambilnya dan menunaikan kewajipan (tersebut) dengan baik"
(Riwayat Muslim) 

Friday, February 25, 2011

Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi ( Pengasas Madrasah Al-Mashoor )

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami, Yemen. Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana, Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan elajar di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir, Muhammad Abduh.

Kembali Dari Pengajian


Kembali ke Malaya, beliau terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura. Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi.

Pindah Ke Pulau Pinang


Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Kemudian pada tahuin 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, dimana salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.
Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.
Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934.

Saturday, February 5, 2011

Jom Eratkan Silaturrahim dengan Doa Rabitah


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ

وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ

وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا

وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا

وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ

وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ

اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah doa kami..."
Amiinnn...

Wednesday, February 2, 2011

Bersama Kami Lakukan Perubahan

Form 5 Maahad Al-Mashoor Al-Islami (2011)
Empat minggu berlalu, pelbagai peristiwa berlaku... Namun, semuanya kenangan yang manis.... Buat masa ni semua berjalan lancar.... Keseluruhannya, pelajar memberi kerjasama yang baik. Walaupun ada yang buat masalah tapi, semua tu menjadi pengajaran untuk kami lakukan perubahan....

Jika kita lihat pandangan masyarakat apabila disebut nama sekolah agama, ada yang menyatakan baik, dan ada juga yang menyatakan "alah sama saja dengan sekolah lain"... saya menolak kata2 ini... sebab bukan semua sekolah agama yang gagal.... dan saya berani menyatakan bahawa Maahad Al-Mashoor Al-Islami masih berjaya.... Selagi budaya Islam masih wujud dalam sesebuah sekolah, InsyaAllah, Allah akan pelihara sekolah tersebut..... Hmmmm.... Alhamdulillah, tahun ini, banyak perubahan yang kami cuba lakukan, tidak seratus peratus secara mendadak tapi kami lakukannya secara berperingkat.... Huh, awal tahun ni memang agak sukar.... sibuk dengan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan.... Doakan kami berjaya....

Thursday, January 6, 2011

Sheikh Tahir Jamaluddin Al Falaki Al Azhari ( Perintis Ilmu Falak )

Beliau merupakan seorang perintis Ilmu Falak. Dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatra Barat. Bapanya seorang ulamak dikenali sebagai Sheikh Muhammad dan datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tungku Ahmad Jamaluddin. Beliau digelar Sheikh Muhammad Tahir Jamaluddin Al Falaki Al Azhari kerana mahir dalam bidang ilmu falak dan seorang pelajar Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau yatim ketika kecil lagi dan dibesarkan oleh keluarga ibunya dan beliau telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan mendalami ilmu-ilmu agama Islam selama 12 tahun. Beliau banyak dipengaruhi oleh ilmu, pendekatan, dan kealiman peribadi gurunya, Sheikh Ahmad Khatib iaitu saudara berpangkat sepupu dengannya yang pada waktu itu terlantik sebagai Mufti Mazhab Syafi’I di Masjidil Haram. Beliau pulang ke Sumatera ketika berumur 24 tahun dan selepas 4 tahun di sana, sekali lagi berangkat ke Mesir.

Beliau juga telah berkahwin beberapa kali, perkahwinan yang pertama ini adalah dengan cucu Sheikh Ismail Al-Khalid Al-Minangkabawi, ulama besar yang terkenal penyebar Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantu menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan.

Sheikh Muhammad Tahir telah melahirkan karya-karya yang meliputi beberapa bidang. Beliau pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan penulisan dan penerbitan majalah Al-Imam. Beliau berkhidmat di Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Pulau Pinang sebagai Pendidik dan Pengetua selama 3 tahun (1341-44 H./ 1920-23 M.), kemudian pulang ke Kuala Kangsar. Sheikh Tahir juga merupakan ayah kepada Tun Hamdan Sheikh Tahir salah seorang bekas Gabenor negeri Pulau Pinang suatu masa dahulu. Yang paling penting dari sudut Falak Syar'i ialah kitab Natijatul'Umur iaitu kira-kira untuk Taqwim Hijrah dan persamaannya dengan Taqwim Miladi (Masehi), hala kiblat, dan waktu solat untuk sepanjang zaman dan Kitab Jadual Pati Kiraan iaitu panduan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat berserta logarithms untuk mengiranya. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 21 Rabiulawal 1377 (bersamaan 26 Oktober 1956) pada usia 87 tahun, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar, Perak. Jabatan Muzium Negara Malaysia telah mengistiharkan tempat pemakaman beliau sebagai makam bersejarah untuk memperingati jasa beliau. Kini Kerajaan Negeri Pulau Pinang menamakan sebuah Pusat Observatori di Pantai Acheh Pulau Pinang sebagai Pusat Falak Sheikh Tahir, bagi memperingati peranan dan ketokohan beliau dalam bidang Falak.