Saturday, November 6, 2010

Guru Maahad bagi Tahun 2010

Maahad Al-Mashoor Al-Islami 2010 (last)

Senior Maahad Al-Mashoor First Generation di Balik Pulau

Maahad Al-Mashoor Al-Islami 2010 (last)

Sejarah Maahad Al-Mashoor Al-Islami

Maahad Al-Mashoor Al-Islami ditubuhkan pada tahun 1918. Nama sebenar sekolah ini ialah Madrasah Al-Quran. Maahad Al-Mashoor diberi nama sempena nama seorang penghulu yang terkemuka di Pulau Pinang iaitu Tuan Habil Al-Mashoor. Asal usul sekolah ini bermula di Lebuh Aceh (Masjid Melayu).

Tahun 1918 sekolah ini berpindah ke Kampung Jawa kerana hendak membesarkan sekolah dan menambahkan mata pelajaran Agama dan Bahasa Arab. Oleh kerana memenuhi kehendak penuntut yang kian bertambah sekolah ini terpaksa berpindah sekali lagi. Sekolah ini berpindah ke Lebuh Teh Soon iaitu sebuah rumah kepunyaan Tuan Haji Bachik, seorang hartawan dari Melaka. Di sana kurikulum sekolah mula berubah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan kehendak masa.

Sekolah ini menjadi terkenal di kalangan masyarakat melayu khasnya dan juga kaum Islam di pelusuk rantau kepulauan Indonesia dan Negeri Thai. Pada tahun 1934 Tuan Sheikh Abbas telah menjadi guru besar sekolah ini. Dalam masa pentadbiran Tuan Sheikh Abbas, sekolah ini berjaya mengeluarkan majalah bulanan seperti 'Ar-Raja' , 'Wahdatul Madaris' dan 'Risalatul Hijrah' . Semasa pemerintahan Jepun, sekolah in telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan tetapi dibuka semula apabila British memerintah semula. Pada awal 1957 Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putera Al-Haj telah melawat sekolah lelaki dan perempuan. Sejak itu sekolah yang dahulunya tidak mendapat perhatian para pembesar Islam sudah mula menarik perhatian ramai.

Y.T.M. Tunku telah berjanji membantu mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua sekolah dan beliau juga telah menyuarakan supaya Jawatankuasa sekolah membuat permohonan bantuan kewangan kepada Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu dan lembaga ini telah bersetuju membina bangunan baru. Selepas tahun 1970 semasa Al-Ustaz Sheikh Ahmad Bajunid menjadi guru besar, beliau memainkan peranan penting dalam usaha menampung lebih ramai lagi murid-murid Melayu yang tercicir dari Sekolah Menengah Kerajaan. Dalam masa pentadbiran beliau sekolah ini menerima bantuan bulanan daripada Rabitah Al-Alam Al-Islami (The World Muslim League).

Pada akhir tahun 1978 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tanah tapak bangunan sekolah lelaki di Lebuh Tek Soon, Pulau Pinang untuk mendirikan Kompleks Tun Abd. Razak. Sebagai gantinya Kerajaan Negeri memberikan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar. mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi. Setelah persetujuan diperolehi, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada Februari 1993 Maahad Al-Mashoor Al-Islami pun diwujudkan.

Oleh kerana tiada tempat yang sesuai MAIPP dan TRUSTY telah bersetuju untuk menumpang sementara di bangunan wakaf Masjid Riduaniah, Sungai Batu, Bayan Lepas. Tapak pembinaan sebenar sekolah ini ialah di Simpang Empat, Balik Pulau. Tapak ini diberikan oleh kerajaan sebagai menggantikan tapak sebenar yang telah diambil alih untuk bangunan Komtar.

Sumber: Laman Web Maahad Al-Mashor Al-Islami